Usahasama Strategik MPSM Pahang bersama Ezra Solution
"Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Pahang kini mengorak langkah proaktif dalam menerajui pendigitalan pendidikan di kalangan pelajar, khususnya murid sekolah menengah atas. Melalui usahasama murni bersama syarikat Ezra Solution, pembangunan portal SmartZOOM Elite ini adalah bukti komitmen kita dalam menyediakan modul pembelajaran yang lengkap dan penuh dengan elemen didik hibur."
Saya menyeru kepada semua 198 buah sekolah menengah di seluruh Pahang untuk memastikan setiap pelajar mengambil peluang memanfaatkan portal ini. Ia bukan sekadar alat bantuan belajar, malah satu ekosistem yang amat membantu sekolah dan ibu bapa dalam memantau serta melonjakkan kecemerlangan anak didik kita.
Mengintegrasikan teknologi digital sepenuhnya dalam ekosistem pendidikan bagi melahirkan pelajar yang fasih digital dan berdaya saing global.
Memastikan kesemua 198 sekolah menengah di Pahang mendapat akses kepada portal SmartZOOM Elite yang dilengkapi modul didik hibur berkualiti.
| Daerah | Bil. Sekolah Menengah | Anggaran Bil. Pelajar |
|---|---|---|
| Kuantan | 47 | +32,000 |
| Temerloh | 25 | +18,500 |
| Pekan | 20 | +12,000 |
| Bentong | 17 | +10,500 |
| Maran | 18 | +9,800 |
| Rompin | 15 | +8,200 |
| Lipis | 13 | +6,500 |
| Raub | 12 | +7,400 |
| Jerantut | 14 | +8,100 |
| Bera | 12 | +7,200 |
| Cameron Highlands | 5 | +2,800 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 198 | +123,000 |
Melalui kepakaran Ezra Solution, portal ini menyediakan modul pembelajaran yang interaktif dan mencabar, memudahkan guru memantau prestasi serta ibu bapa terlibat dalam perkembangan akademik pelajar secara real-time.